Jun 24, 2013

Karipap Karipap Cinta

Apa itu karipap? Karipap adalah sejenis makanan yg popular di Malaysia, Thailand dan Singapura. Ia terdapat dalam pelbagai perasa dan perasa tersebut adalah bergantung kepada intinya. "Baik inti maka baiklah rasanya. Begitu juga manusia baik hati maka baiklah dirinya". Karipap yg terbaik pernah dihasilkan adalah karipap yg berintikan kentang. Rasa serbuk kari yg sangat membahagiakan mengimbau kembali detik-detik lampau. 

Dewasa ini karipap tidak lagi sehebat dahulu walaupun banyak karipap yg telah ditranfomasikan. Dalam bahasa inggeris karipap disebut sebagai Curry Puff. Ketika pemerintahan Raja Henry VI di England, harga karipap pada masa itu terlalu mahal. Ia amat membebankan rakyat golongan marhaen utk menikmati rasa karipap yg enak. Di England karipap telah diklasifikasikan sebagai makanan para bangsawan. Harga karipap melambung tinggi adalah disebabkan oleh Ratu Anabella iaitu kekasih Raja Henry yang mana telah memonopoli penjualan karipap bagi seluruh England juga dipercayai sehingga ke timur Belgium.

Umat England menjadi marah, berdemontrasi di jalanan utk menuntut pemerintah menurunkan harga karipap. Disebabkan rasa cinta Raja Henry kepada kekasihnya Anabella melebihi cintanya kepada Karipap maka harga karipap turun mendadak sama seperti karipap yg dijual di Kuala Ketil dan Bukit Selambau pada tahun 2000. Ada juga sumber mengatakan harga karipap di Alor Setar adalah lebih mahal dari harga yg dijual di Belgium pada ketika itu. Atas rasa tanggungjawab bagi mengekal kestabilan ekonomi rakyat Kedah, maka pemerintah ketika itu mengambil inisiatif mengurangkan impot tepung dari Eropah. Hal ini menyebabkan karipap semakin kurang enak, tetapi rakyat Kedah bersyukur kerana harga karipap jatuh merudum.

Karipap yang wujud di England adalah asalnya dari Tanah Melayu. Ia dibawa masuk ke Eropah melalui perdagangan rempah ketika itu. Segala mak nenek yg ada di England adalah rata-ratanya datang dari seluruh dunia. Hanya 2 benda yg umat England bangga ke hari ini:-

 
1.Liga Inggeris
2.Kasut Clarks. 

.

12 comments:

  1. eh criat kau ni betui ka merapu ni?hahahah

    ReplyDelete
  2. hahaha...boleh tahan citer kau..


    aku pernah jupe karipap inti bihun kat pulau karimun indonesia...tak tergamok nak makan....hahahahha

    ReplyDelete
  3. Pttlah British jajah negara kita. Psl karipap rupanya. Haih!

    ReplyDelete
  4. feveret gua la karipap ni.
    dulu suka sangat pakai kasut karipap tau. karipap style

    bayangkan lah gua pakai kasut karipap sambil kunyah karipap. style sangat

    ReplyDelete
  5. Ni cerita betul ke rekaan ni?

    ReplyDelete
  6. karipap apa yg uncle suka tu hahaa...lain mcm je free

    ReplyDelete
  7. saya baru-baru ni masak karipap.. hampeh tak sedap!

    ReplyDelete