Di suatu petang yg hening, sambil merenung jauh dari sudut jendela
bersawang mengenang kembali kenangan yg tercipta, nostalgia yg terluka
membuatkan Ismail mengalir air mata. Amat sukar bagi insan seperti
Ismail membuang jauh benda yg dah lama bersarang dalam dirinya. Tahap
ketagihan kokain yg melanda Ismail semakin hari semakin bermaharajalela.
Ismail pasrah dan pasrah bahawa takdir itu milik dia. Bukan dia pinta
utk terjebak dalam kes sebegitu. Ismail ada seorang sahabat baik bernama
Azhard Hj. Said yg banyak membimbing beliau dlm mengharungi liku2 hidup
ini. Bagi Ismail Azhard adalah dewa. Kata Abg Nazam, Azhard dewa
remaja.
Ismail merasakan disini tiada apa lagi utk dia tunggu. Org2 kampung
ramai yg mencemuh namun ada juga yg bagi harapan agar Ismail kembali
normal. Akan tetapi walaupun banyak dorongan yg diberikan Ismail tetap
berjalan kaki di atas kepala di bawah. Ismail nekad utk hijrah, dan pada
malam tersebut Ismail pekemas barang2. Baju2 tidak dilipat sebaliknya
digulung dan disumbat kedalam beg buatan tangan jahitan Cik Norlia. Kasut buatan England
dikiwi neutral. Malam itu Ismail tidak dapat lelapkan mata, pikirannya
bercelaru. Sedar tak sedar dah subuh rupanya. Ismail bergegas bangun
mandi utk menunaikan solat subuh terakhir beliau barangkali di Masjid
Sg. Pasir. Walaupun beliau kutu yg terjebak dgn kokain namun dia masih
tidak lupa penciptaNya.
Selepas subuh, Ismail merenung buat kali terakhir teratak usang yang di
tinggalkan arwah ayah dan ibunya. Sambil menitiskan air mata Ismail
berkata dalam hati, "Mak, ayah..Mail mtk maaf sebab tak dapat jaga rumah
kita lagi, Mail nak pi Jepun,". Dengan menggalas beg besar ditepi jalan
berhadapan kedai Kak Jah Ismail melambai tgn isyarat ingin menumpang
kenderaan yg lalu lalang. Alangkah sedihnya Ismail tidak ada satu pun
kenderaan yg mahu berhenti menumpangkan kutu seperti beliau. Sehinggalah
tibanya bas UTC Batu Lintang - Sg. Petani. Sebelum sempat Ismail
melangkah naik, terdengar jeritan dari jauh memekik mekik memanggil
manggil nama Ismail. " Abg Mail!!!! Abang Mail nak pi mana ni? " tanya
marka beliau. "Abg mtk maaf sebab tak habaq kat Nah. Abg takmau Nah
sedih, Abg nak pi Jepun ni," balas mail dgn sora serak2 basah. "Habis
macamna dgn Nah? sampai hati Abg nak tinggalkan Nah,". Nah..Abg dah
lambat ni, drebar bas dok jegey dah nu, Abg terpaksa pi, ingat tau!
walau apa terjadi walaupun kita terpisah jauh, namun kita masih dapat
melihat matahari yg sama, bulan yg sama. Belakang rumah abg ada pokok
pinang, nanti tunggu Abg kat situ, abg akan balik, jangan tebang plak
pokok pinang tu. Tua2 nanti boleh makan ngn sireh... Itulah kata2
terakhir Ismail pada marka dia.
Dengan lafaz bismillah, kaki kanan melangkah naik bas utc buruk. Ismail
menghulur seringgit kpd drebar bas dan baki 20 sen dikembalikan. Ismail
pilih tempat duduk paling belakang ditepi tingkap dan dalam suasana
sebak, mood pagi yg dingin bas bergerak menuju stesen bas Sg. Petani yg
tak pernah2 canggih. Semakin hari semakin keji walaupun dah 5 kali
pertukaran YDP. Ini adalah fakta! Fakta yg tak boleh
diterima oleh umat Sg. Petani.
-
ni cerita pasal ismail atau stesen bas sg petani? :-)
ReplyDeleteDUA DUA
Deletejauh nyer nak lari tu
ReplyDeleteketenangan ada disana katanya..
Deletejap, panjangnye.
ReplyDeleteok dah abis baca, ke saratok naik bas, sampai ke?
ReplyDeletehuhuu nampak sangat eLL penipu..tak sebut pun naik bas ke saratok..huhuu..
Deletedofollow blog ni..
ReplyDeletepanjangnya entri... naik bas mmg banyak dapat tengok macam2, lama dah x naik bas dan akak rindu saat naik turun bas nak p kelas... isshhh
dah jd penulis cerpen ya???
ReplyDeletelama aku tak jengah sana.kedai makan pak leh ada lagi ka?
ReplyDelete