Bila dengar jer lagu raya Aman Shah "Kepulangan yang dinanti" hati gua jadi gerutu tak ketahuan bijik. Rindu pada ayah dan bonda serta keluarga yang gua tinggalkan 13 tahun dulu. Sebab apa gua lari dari rumah dan tinggalkan semua yang gua sayang kerana gua menikahi wanita pilihan hati gua.
Ceritanya begini. Semasa balik dari Amerika dulu mama gua kalut nak jodohkan gua dengan anak kawan dia, Datin apa nama ntah. Gua tak suka dengan perangai budak tu. Sosial tak hingat. Depan mama gua dia berlakon je lebih. Gua pernah terserempak dengan dia masa kat Illinois dulu dia berkepit dengan mamat negro, dengan pusat terdedah siap ada tindik lagi. Bila balik Malaysia, mak bapak dia jemput kat Airport siap bertudung litup, berjubah mesir. Tak ke "pelaq" tu.
Gua tetap dengan pilihan hati gua. memang benar kata orang "kerana kasih aku turutkan". Gua pun menikah dengan wanita pilihan. Kami nikah kat pejabat agama. Kenuri makan bihun singapore jer, itupun buat dekat kedai. Jemput member2 terdekat sahaja. Ya, walaupun kecik tapi sangat meriah. Gua bahagia dengan cara tu.
Tahun ni tahun paling bermakna bagi gua, buang yang keruh ambil yang jernih. Persengketaaan dulu kini semakin menampakkan keamanan. Sejak gua tinggalkan rumah agam itu, sebenarnya mama gua dah upah sorang spy intip kehidupan gua. Tengok kasih seorang ibu, walaupun dia kata dia benci namun dia tetap tak dapat buang kasih seorang ibu. Tak sanggup melihat anak dia sengsara. Alhamdulillah, mama gua dah cukup jatuh cinta dengan isteri gua nikahi. Selama tempoh ini dalam kami tidak sedar, kebaikan, kasih sayang, kewarakan wanita yang gua pilih Allah telah buktikan pada mama gua.
Mama gua sendiri yang datang jemput kami supaya balik beraya tahun ni. Mama datang jumpa dan peluk isteri gua sepenuh hati. Masa tu gua takdak kat rumah. Bila balik rumah gua perasan wajah isteri gua amat berlainan. Dia habaq kat gua, tadi mama dengan daddy datang rumah jemput kita balik raya tahun ni. Sebenarnya isteri gua dah lama ajak gua balik jumpa mama, tiap2 tahun dia ajak. Tapi gua tetap dengan ego gua. Anak2 gua pun sama, selalu tanya "kita takdak atuk dan nenek ke mama,". Air mata gua pun meleleh..
Semoga raya yang bakal tiba nanti adalah raya paling bermakna buat kita semua. Yang jauh kita dekatkan, yang dekat kita rapatkan. Eratkan silatulrahim sesama kita. Hidup dengan penuh kasih sayang...
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
MAAF ZAHIR BATIN
*cerita di atas tidak ada kene mengena samada yang hidup ataupun yang mati. apatah lagi gua..
tak dak kena mengena...?
ReplyDeletecisss....!
ni yg rasa nk karate tingkap nih..
.
selalu lu yg kenakan org...
Deletecerita ni akan keluar wayang sempena hari raya ni ka? huhuhu
ReplyDeleteamboih aih...baru nak feeling, dah hang kata bukan citer hang adoiyai...
ReplyDeletebtw...Selamat Hari Raya...semoga bergembira...
sesungguh2 gua bace, sekali takdak kena mengene...cisss :) dah tanggap syahdu tau
ReplyDeletekeh3..sabor ada insan yg macam tu..
Deletedengan sesungguh2 hati gua baca...tapi at the end, cisss :) dah tangkap syahdu tau
ReplyDeletecite sapa kau pow..?
ReplyDeletehuhuu....motif nak ucap selamat hari raya...
ReplyDeletehai.. salam kenal,
ReplyDeletefollower no.116
done follow sini,
jom follow teman yea..=)
http://tengkubutang@blogspot.com/ -->(official)
http://kucenkucenbelog.blogspot.com/ -->2nd blog
Pembunuh Tanpa Bayang :-
ReplyDeleteboleh buat novel......
ni mcm cerita drama tv3.samarinda:Syurgamu Ramadhan je..gua layan cite tu..meleleh air mata.cuma bezanya si kakak yg kawen lari n si emak degil tahap gaban x leh nak cite..~
ReplyDeleteni citer imaginasi sendiri je xde ciplak mana2...huhu
Deletehek eleh. aku punya lah baca macam nak bertakung air mata. sekaliii, pelaq hang
ReplyDeletepadan muka hang...hihi
DeleteHye bro ! lama naa tak tegoq,mmg baru muncul dari tasik dayang bunting pon ni, kehkehkeh ! Raya mai laa Langkawi. Penat ni kami dok heret biskut raya tok kami buat bawak balik rumah ni haa.
ReplyDeleteMay ALLAH bless u & family throughout this Holy month, insyaALLAH ;)
raya sampai aloq setaq ja kot...xdan nak p langkawi...
Deletepenat jaaa baca
ReplyDeleteingtkn realiti
huhuhu
dari ayat pertama lagi aku dah agak nie cerita mesti kelentong punya hahaha tapi its a good story.
ReplyDelete*pelaq=pair luck
selamat hari raya beb...
ReplyDeletesalam raya maaf zahir batin
ReplyDeletexda kena lgsg? hmmmmmmm. btw.. selamat hati raya... maaf andai ada bebelan gua xbgs untuk dihadam kemas...
ReplyDeleteps::lama x jenguk lu... gua dh mls nk berblog dh skng. bosan...
cis..gua dah hampir2 nak menitis air mata tadi..
ReplyDeletecis..gua dah hampir2 nak menitis air mata tadi..
ReplyDeletejiwa dah x match nk berblog skng ni... come back tu x mungkin... tapi siapa tahu kuasa Dia... insyaallah... arghh.. tgk nama lu. tetiba gua tingat blog warkah.. hahaha
ReplyDeletesebab masih dlm mood raya, tak jadi nk carut dan marah2 =p
ReplyDelete