Sep 3, 2013

Sandiwara Cinta Semusim

Rilek brader, brader rilek... musim salju dah berlalu pergi musim deroyan pun nak mai pulak dah. Musim demi musim ikut peredaran isu demi isu. Buka jer facebook rata-rata umat tak kira bangsa agama melompat melenting bila minyak naik 20 sen. Yang kayuh basikal turut sama buat status kat fb tanda protes. Orang buat dia pun buat. Orang jilat dia pun jilat. Melompat lebih pada orang lain sampai tertanduk kipas di siling.

Orang kedah kata 'meneru menerai' berduyun duyun depa serbu petrol pam nak isi minyak penuh tangki. Esok harga naik dah. Dok pulun beratur isi minyak dari waktu asar sampai nak masuk waktu isyak. Macam la isi minyak tu boleh tahan setahun. Esok lusa nak kena isi pulak.

Harga minyak naik? Ya memang, bila harga minyak naik harga barang turut akan naik. Itu sudah menjadi 'hukum' dan bukan lagi adat. Tapi apa salahnya kita cuba sedaya upaya merelakan apa yang yang dah terjadi. Najib menaikkan harga minyak pun atas izin Allah. Allah lebih tahu akan nasib hamba-hambaNya. Allah juga tahu apa yang terjadi di Syria, Palestin dan Mesir.

Gua hanya perlu bersyukur mengharapkan itu adalah kebaikan bukan kemudaratan.

Minyak naik 20 sen pun nak kecoh hingga gaduh sesama sendiri ka?

Minyak naik 20 sen kita mampu lagi kan?

Mampu ucap kalimah syahadah lagi kan?

Mampu puasa penuh ditambah dengan puasa 6 lagi kan?

Mampu solat 5 waktu lagi kan?

Sehari 20 orang islam murtad ada sapa kisah? ada?

Takdak kan?

.

7 comments:

  1. nak tak nak kena terima jugak...

    minggu ni tak payah isi minyak lagi.tangki masih penuh.huehue

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima seadanya....selagi boleh terima...kalo dah melampau sgt barulah bangkit

      Delete
  2. Replies
    1. bukan gaji ekau dah bertingkek tingkek ke

      Delete
  3. mungkin Allah pelan-pelan tarik nikmat...wallahua'lam...

    ReplyDelete
  4. hello beroo. bila nak belanja 20 sen ni

    ReplyDelete