Apr 6, 2015

Kedekut

Dunia hari ini semakin hari semakin membebankan penghuninya.

Dunia hari ini dibebani oleh penghuninya.

Dunia hari ini telah melahirkan keturunan 'kedekut' yang nyata..

Mar 19, 2015

Cintaku Tertinggal Di Alor Setar


Kerjasama dan tindakan pihak puan berhubung perkara ini amatlah dihargai.

Sekian, terima kasih.

Waqheh
19.3.2015

Jan 6, 2015

Setelah Hujan

Hidup ini adalah satu perjalanan perasaan yang amat sukar...dan hidup ini perlu saling kait-mengait...
ROKOK SEBATANG....

Oct 18, 2013

Kegagalan atau Kejayaan






Dunia dah semakin celaru...semakin canggih teknologi semakin rosak sesuatu bangsa dan umat akhir zaman khususnya....

Oct 11, 2013

Sep 3, 2013

Sandiwara Cinta Semusim

Rilek brader, brader rilek... musim salju dah berlalu pergi musim deroyan pun nak mai pulak dah. Musim demi musim ikut peredaran isu demi isu. Buka jer facebook rata-rata umat tak kira bangsa agama melompat melenting bila minyak naik 20 sen. Yang kayuh basikal turut sama buat status kat fb tanda protes. Orang buat dia pun buat. Orang jilat dia pun jilat. Melompat lebih pada orang lain sampai tertanduk kipas di siling.

Orang kedah kata 'meneru menerai' berduyun duyun depa serbu petrol pam nak isi minyak penuh tangki. Esok harga naik dah. Dok pulun beratur isi minyak dari waktu asar sampai nak masuk waktu isyak. Macam la isi minyak tu boleh tahan setahun. Esok lusa nak kena isi pulak.

Harga minyak naik? Ya memang, bila harga minyak naik harga barang turut akan naik. Itu sudah menjadi 'hukum' dan bukan lagi adat. Tapi apa salahnya kita cuba sedaya upaya merelakan apa yang yang dah terjadi. Najib menaikkan harga minyak pun atas izin Allah. Allah lebih tahu akan nasib hamba-hambaNya. Allah juga tahu apa yang terjadi di Syria, Palestin dan Mesir.

Gua hanya perlu bersyukur mengharapkan itu adalah kebaikan bukan kemudaratan.

Minyak naik 20 sen pun nak kecoh hingga gaduh sesama sendiri ka?

Minyak naik 20 sen kita mampu lagi kan?

Mampu ucap kalimah syahadah lagi kan?

Mampu puasa penuh ditambah dengan puasa 6 lagi kan?

Mampu solat 5 waktu lagi kan?

Sehari 20 orang islam murtad ada sapa kisah? ada?

Takdak kan?

.

Sep 2, 2013

Dasar Budak Tak Makan Ajarq

Arhhhh!! lega aku rasa. Kantung pundi kencing yang aku tahan dari dalam bilik mesyuarat tadi dapat dilepaskan tanpa sekatan. (mesyuarat tergemparq kes sekolah kena bakarq). Rasa seolah tandas ini lebih nyaman dari duduk di dalam kelas mengajar budak yang semakin hari semakin keras kepala. Zzppppp... zip YKK ditarik habis tanpa sangkut. Sambil menapak keluar mulut terkumat kumit (menyumpah seranah) terkenangkan trajedi budak tak makan ajarq telah bakarq setor peralatan sukan sekolah.

Semasa melangkah keluarq, ada sorang murid yang sedang duduk atas qhubin (bebendul) tandas. Ditangannya ada lighter berwarna hijau. (Aku syak memang budak ni yang bakarq sekolah kelmarin). Aku rasa macam nak bubuh penendang betol2 kat dada dia. Budak ni memang tak makan ajarq sejak dari tingkatan 2 lagi.

Aku sound ke dia, “Hahh!!! hang dok buat apa tang ni? Awat hang nak bakarq sekolah ni plak? hahh!! pi bakarq pi bakarq aku nak tengok!!!!”. Budak tu bangkit dan pandang aku dengan muka tak puas hati. Dia kata plak kat aku "Cikgu cakap baik2 sikit! Kaki saya ketaq dah ni". Aku pandang dia balik, "Awat hang nak buat aku, nah buat!". Aku buat-buat muka cengey mata terjegil. Aku bawa budak tu jalan ke bilik guru. Sambil jalan dia boleh lagi kata kat aku. "Jangan bagi saya jumpa cikgu kat luarq, nasib baik saya pakai unifom sekolah ja ni". Aduhhh terbakaq aku dengarq, dok membuak2 marah. aku terajang mampoih budak ni. Nampak kebiadapan budak zaman sekarang. Tanpa rasa bersalah "gedeboakkkkk!!!" aku bagi penamparq belakang kepala dia, betul2 tepat kena tapak tangan. Padan!

Ishhhh!! kalau tak kerana kes tembak guru saman guru yang semakin hari makin kerap berlaku, memang aku dah balun budak ni. Lunyai!

Cerita asal  : Cikgu Iskandar (Kandaq)
Pendengar  : Aku, Apit dan Man Siam
Saksi          : Aku, Apit dan Man Siam gak
Waktu        : Lepas main bola
Tarikh        : 21 Ogos 2013

Jul 24, 2013

Kepulangan Yang Dinanti

Bila dengar jer lagu raya Aman Shah "Kepulangan yang dinanti" hati gua jadi gerutu tak ketahuan bijik. Rindu pada ayah dan bonda serta keluarga yang gua tinggalkan 13 tahun dulu. Sebab apa gua lari dari rumah dan tinggalkan semua yang gua sayang kerana gua menikahi wanita pilihan hati gua.

Ceritanya begini. Semasa balik dari Amerika dulu mama gua kalut nak jodohkan gua dengan anak kawan dia, Datin apa nama ntah. Gua tak suka dengan perangai budak tu. Sosial tak hingat. Depan mama gua dia berlakon je lebih. Gua pernah terserempak dengan dia masa kat Illinois dulu dia berkepit dengan mamat negro, dengan pusat terdedah siap ada tindik lagi. Bila balik Malaysia, mak bapak dia jemput kat Airport siap bertudung litup, berjubah mesir. Tak ke "pelaq" tu.

Gua tetap dengan pilihan hati gua. memang benar kata orang "kerana kasih aku turutkan". Gua pun menikah dengan wanita pilihan. Kami nikah kat pejabat agama. Kenuri makan bihun singapore jer, itupun buat dekat kedai. Jemput member2 terdekat sahaja. Ya, walaupun kecik tapi sangat meriah. Gua bahagia dengan cara tu.

Tahun ni tahun paling bermakna bagi gua, buang yang keruh ambil yang jernih. Persengketaaan dulu kini semakin menampakkan keamanan. Sejak gua tinggalkan rumah agam itu, sebenarnya mama gua dah upah sorang spy intip kehidupan gua. Tengok kasih seorang ibu, walaupun dia kata dia benci namun dia tetap tak dapat buang kasih seorang ibu. Tak sanggup melihat anak dia sengsara. Alhamdulillah, mama gua dah cukup jatuh cinta dengan isteri gua nikahi. Selama tempoh ini dalam kami tidak sedar, kebaikan, kasih sayang, kewarakan wanita yang gua pilih Allah telah buktikan pada mama gua.

Mama gua sendiri yang datang jemput kami supaya balik beraya tahun ni. Mama datang jumpa dan peluk isteri gua sepenuh hati. Masa tu gua takdak kat rumah. Bila balik rumah gua perasan wajah isteri gua amat berlainan. Dia habaq kat gua, tadi mama dengan daddy datang rumah jemput kita balik raya tahun ni. Sebenarnya isteri gua dah lama ajak gua balik jumpa mama, tiap2 tahun dia ajak. Tapi gua tetap dengan ego gua. Anak2 gua pun sama, selalu tanya "kita takdak atuk dan nenek ke mama,". Air mata gua pun meleleh..

Semoga raya yang bakal tiba nanti adalah raya paling bermakna buat kita semua. Yang jauh kita dekatkan, yang dekat kita rapatkan. Eratkan silatulrahim sesama kita. Hidup dengan penuh kasih sayang...

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
MAAF ZAHIR BATIN


*cerita di atas tidak ada kene mengena samada yang hidup ataupun yang mati. apatah lagi gua..




Jul 1, 2013

Cikgu Loke

Masa tu kelas seni ketika di tingkatan 4. Sementara menunggu cikgu masuk kelas budak-budak lain sibuk dgn hal masing-masing. Riuhnya macam keadaan di Pasar Besar Sg. Petani sebelah hotel Seri Malaysia. Gua, Manan Mokhtar, Mat Ali, Sham Gadon, Bird dan Wani Kong dok rancak bersembang disebelah pintu masuk belakang. Sambil sebelah kaki cangkung atas kerusi, gua esaited dok ceghita halatuju kami selepas tamat sekolah nanti. Nampak tak matlamat kami ketika itu walaupun masih lagi ada masa setahun lebih utk habis sekolah, tapi kami sudah ada perancangan awal samada untuk ke universiti atau hanya ke UTC. 

Remaja contoh yg ada misi dan visi dalam hidup. Bak kata Syahrizat Abd Jalil "mereka tak misi tak ada visi dalam hidup, mereka tidak akan berjaya,". 

Bangunnn!!! Azizi ketua kelas kami bersuara. Cikgu Loke masuk kelas dengan muka kelat dan menghempap buku atas meja. "Selamat Sejahtera cikgu," ucap semua pelajar. Cikgu Loke masih diam, sambil cekak pinggang, ketap bibir bawah kedepan dia pinta semua budak perempuan sahaja duduk. Budak lelaki semua berdiri. Cikgu Loke berletir tak henti-henti sakit telinga dengar. Wani Kong yg duduk meja belakang sekali sebelah tinggkap mengejek kata-kata Cikgu Loke sambil dok maki pelan-pelan. " Babi babi babi babi," kata Wani kong. Tiba-tiba semua budak nak tergelak pun ada nak marah pun ada. Cikgu Loke dengan selamber jawab "Ya! memang saya babi, kalau saya babi kamu semua anak murid babi looo,"


Nah!! hamek hang...


*Cikgu Loke adalah cikgu berbangsa cina. Beliau tidak kenal erti penat dan letih dalam mendidik anak muridnya tanpa memilih warna kulit. Dia sayangkan anak-anak melayu, sehinggakan beliau pernah berkata saya sedih kenapa pelajar melayu tidak sedar akan hakikat yang mereka perlu telan suatu hari nanti. Apa yang mereka ada hari ini (hak keistimewaan org melayu) mungkin akan hilang suatu hari nanti jika mereka masih tidak berubah.

Jun 27, 2013

Ini Bukan Marah, Ini Nasihat!



1) Answer the phone by LEFT ear.

 
2) Do not drink coffee TWICE a day.


3) Do not take pills with COOL water.


4) Do not have HUGE meals after 5pm.


5) Reduce the amount of OILY food you consume.


6) Drink more WATER in the morning, less at night.


7) Keep your distance from hand phone CHARGERS.


8) Do not use headphones/earphone for LONG period of time.


9) Best sleeping time is from 10pm at night to 6am in the morning.


10) Do not lie down immediately after taking medicine before sleeping.

11) When battery is down to the LASTgrid/bar, do not answer the phone as the radiation is 1000 times.

Jun 24, 2013

Karipap Karipap Cinta

Apa itu karipap? Karipap adalah sejenis makanan yg popular di Malaysia, Thailand dan Singapura. Ia terdapat dalam pelbagai perasa dan perasa tersebut adalah bergantung kepada intinya. "Baik inti maka baiklah rasanya. Begitu juga manusia baik hati maka baiklah dirinya". Karipap yg terbaik pernah dihasilkan adalah karipap yg berintikan kentang. Rasa serbuk kari yg sangat membahagiakan mengimbau kembali detik-detik lampau. 

Dewasa ini karipap tidak lagi sehebat dahulu walaupun banyak karipap yg telah ditranfomasikan. Dalam bahasa inggeris karipap disebut sebagai Curry Puff. Ketika pemerintahan Raja Henry VI di England, harga karipap pada masa itu terlalu mahal. Ia amat membebankan rakyat golongan marhaen utk menikmati rasa karipap yg enak. Di England karipap telah diklasifikasikan sebagai makanan para bangsawan. Harga karipap melambung tinggi adalah disebabkan oleh Ratu Anabella iaitu kekasih Raja Henry yang mana telah memonopoli penjualan karipap bagi seluruh England juga dipercayai sehingga ke timur Belgium.

Umat England menjadi marah, berdemontrasi di jalanan utk menuntut pemerintah menurunkan harga karipap. Disebabkan rasa cinta Raja Henry kepada kekasihnya Anabella melebihi cintanya kepada Karipap maka harga karipap turun mendadak sama seperti karipap yg dijual di Kuala Ketil dan Bukit Selambau pada tahun 2000. Ada juga sumber mengatakan harga karipap di Alor Setar adalah lebih mahal dari harga yg dijual di Belgium pada ketika itu. Atas rasa tanggungjawab bagi mengekal kestabilan ekonomi rakyat Kedah, maka pemerintah ketika itu mengambil inisiatif mengurangkan impot tepung dari Eropah. Hal ini menyebabkan karipap semakin kurang enak, tetapi rakyat Kedah bersyukur kerana harga karipap jatuh merudum.

Karipap yang wujud di England adalah asalnya dari Tanah Melayu. Ia dibawa masuk ke Eropah melalui perdagangan rempah ketika itu. Segala mak nenek yg ada di England adalah rata-ratanya datang dari seluruh dunia. Hanya 2 benda yg umat England bangga ke hari ini:-

 
1.Liga Inggeris
2.Kasut Clarks. 

.

Jun 21, 2013

Sebuah ketenangan yang tak pernah tenang

Di suatu petang yg hening, sambil merenung jauh dari sudut jendela bersawang mengenang kembali kenangan yg tercipta, nostalgia yg terluka membuatkan Ismail mengalir air mata. Amat sukar bagi insan seperti Ismail membuang jauh benda yg dah lama bersarang dalam dirinya. Tahap ketagihan kokain yg melanda Ismail semakin hari semakin bermaharajalela. Ismail pasrah dan pasrah bahawa takdir itu milik dia. Bukan dia pinta utk terjebak dalam kes sebegitu. Ismail ada seorang sahabat baik bernama Azhard Hj. Said yg banyak membimbing beliau dlm mengharungi liku2 hidup ini. Bagi Ismail Azhard adalah dewa. Kata Abg Nazam, Azhard dewa remaja.

Ismail merasakan disini tiada apa lagi utk dia tunggu. Org2 kampung ramai yg mencemuh namun ada juga yg bagi harapan agar Ismail kembali normal. Akan tetapi walaupun banyak dorongan yg diberikan Ismail tetap berjalan kaki di atas kepala di bawah. Ismail nekad utk hijrah, dan pada malam tersebut Ismail pekemas barang2. Baju2 tidak dilipat sebaliknya digulung dan disumbat kedalam beg buatan tangan jahitan Cik Norlia. Kasut buatan England dikiwi neutral. Malam itu Ismail tidak dapat lelapkan mata, pikirannya bercelaru. Sedar tak sedar dah subuh rupanya. Ismail bergegas bangun mandi utk menunaikan solat subuh terakhir beliau barangkali di Masjid Sg. Pasir. Walaupun beliau kutu yg terjebak dgn kokain namun dia masih tidak lupa penciptaNya.

Selepas subuh, Ismail merenung buat kali terakhir teratak usang yang di tinggalkan arwah ayah dan ibunya. Sambil menitiskan air mata Ismail berkata dalam hati, "Mak, ayah..Mail mtk maaf sebab tak dapat jaga rumah kita lagi, Mail nak pi Jepun,". Dengan menggalas beg besar ditepi jalan berhadapan kedai Kak Jah Ismail melambai tgn isyarat ingin menumpang kenderaan yg lalu lalang. Alangkah sedihnya Ismail tidak ada satu pun kenderaan yg mahu berhenti menumpangkan kutu seperti beliau. Sehinggalah tibanya bas UTC Batu Lintang - Sg. Petani. Sebelum sempat Ismail melangkah naik, terdengar jeritan dari jauh memekik mekik memanggil manggil nama Ismail. " Abg Mail!!!! Abang Mail nak pi mana ni? " tanya marka beliau. "Abg mtk maaf sebab tak habaq kat Nah. Abg takmau Nah sedih, Abg nak pi Jepun ni," balas mail dgn sora serak2 basah. "Habis macamna dgn Nah? sampai hati Abg nak tinggalkan Nah,". Nah..Abg dah lambat ni, drebar bas dok jegey dah nu, Abg terpaksa pi, ingat tau! walau apa terjadi walaupun kita terpisah jauh, namun kita masih dapat melihat matahari yg sama, bulan yg sama. Belakang rumah abg ada pokok pinang, nanti tunggu Abg kat situ, abg akan balik, jangan tebang plak pokok pinang tu. Tua2 nanti boleh makan ngn sireh... Itulah kata2 terakhir Ismail pada marka dia.

Dengan lafaz bismillah, kaki kanan melangkah naik bas utc buruk. Ismail menghulur seringgit kpd drebar bas dan baki 20 sen dikembalikan. Ismail pilih tempat duduk paling belakang ditepi tingkap dan dalam suasana sebak, mood pagi yg dingin bas bergerak menuju stesen bas Sg. Petani yg tak pernah2 canggih. Semakin hari semakin keji walaupun dah 5 kali pertukaran YDP. Ini adalah fakta! Fakta yg tak boleh diterima oleh umat Sg. Petani.

-

Nov 22, 2012

Gaza - Untuk Umat Muhammad



Allamdulillah syukur kpd Allah swt, dgn limpah kurnianya kita masih lagi bernafas, menghirup dan menghembus udara segar, boleh makan dekat McD, ratah ayam sampai lumat dekat KFC,minum dekat Starbuck, tunggang Coca-Cola, hirup Coffee bean, pakai jeans levis yg terbaik pernah dihasilkan wlupun kebelakangan ni levis dah semakin merapu.

Tuan2 dan puan2, encik2 cik2, yg bawa lori bawa teksi. Kejayaan manusia adalah dlm agama Allah, sejauh mana taat Allah ikut cara baginda Nabi saw itulah kejayaan kita.

Sahabat r.a dahulu tidak pernah membenci org kafir sebaliknya mereka benci cara hidup org kafir. Hari ini kita benci org kafir, boikot produk kafir, boikot makanan, boikot pakaian mereka tapi dlm masa yg sama sebenarnya kita sayang sangat dgn gaya hidup mereka. Keseluruhan hidup kita skrg telah dijajah tetapi kita tidak sedar. Kita hanya sedar perkara yg kecil seperti boikot makanan,pakaian dan sebagainya.

Sebab apakah kejadian di Gaza terjadi adalah disebabkan kealpaan kita semua yg mana telah meninggalkan sunah Nabi SAW. Kita akan rasa ketinggalan, rasa kotor, tidak bersih tidak sesuai dgn suasana skrg. Itulah kata ulama masa kini yg misainya tebal janggut seurat pun takdo. Walau secanggih mana pun dunia agama tetap tak berubah, itulah agama yg dianuti, dibawa dan ditunjukkan pada Sahabat r.a. Rom dan Parsi di bawah tapak kaki mereka. Usaha korban mereka bawa manusia kpd agama Allah dgn yakin, fikir yg betul tanpa ragu2. Dgn berkat korban sahabat hari ini kita semua dpt agama, lahir sebagai islam.

Yahudi berkata, "kami tidak gentar dgn senjata canggih umat islam,tapi kami sangat gentar bila seluruh umat islam berpakaian seperti Muhammad , mereka bergerak seluruh alam, ajak dan bawa manusia kpd tuhan mereka, menghidupkan amalan Nabi mereka (Muhammad)". Mereka (kafir) sedar akan hakikat ini. Adakah kita sedar? Ya kita hanya sedar, alah.. ni semua ketinggalan zaman dah tak sesuai lagi zaman skrg. Tengok dan lihatlah bagaimana mereka jajah minda kita dan kemudian barulah guna cara kekerasan. Allahuakbar!

Ayuh bangun, buat usaha agama seperti Nabi saw tunjuk pada para Sahabat hidupkan amalan agama sekeliling kita dgn fikir, yakin yg betul kpd pencipta kita. Insyaallah yahudi laknatullah akan hancur, semua kebatilan akan hancur bila semua org islam bersatu dgn cara Nabi saw. Tidak ada cara lain lagi dah utk kita umat akhir zaman ni, tiada lagi Nabi yg akan dihantar. Jadi kita sebagai umat Muhammad yg patut ambil tanggungjawab ni sebab masa kita lahir kat dunia ni kita dah janji kpd Pencipta kita. Bila suasana agama berjalan dgn sempurna, masjid dan surau dpt dihidupkan setiap waktu solat penuh seperti solat jumaat InsyaAllah bantuan Allah akan datang, tiada makhluk dlm dunia yg dpt melawannya..


.

Nov 20, 2012

Gaza

Gua percaya setiap hati manusia terutama yg beragama islam pasti terdetik rasa geram rasa nak bagi penamparq je muka2 yahudi. Bagi yg tak rasa apa2 itu mungkin hatinya batu. Sebenarnya semua orang peduli akan apa yg berlaku di gaza, tetapi bukan semua yang peduli itu bangkit bertindak. Ayuh bangunlah umat Nabi saw kembali ke jalan yg asal jalan yg sebenar jalan yg ditunjukkan oleh Nabi saw. Bantuan Allah akan datang. InsyaAllah...

Aug 16, 2012

Selamat Hari Raya

Dengan Ingatan Tulus Ikhlas Gua Ucapkan Kepada semua..
Maaf Zahir & Batin

-waqheh-