Memecut laju kereta buatan Jepun, dari Seberang Jaya ke Sungai Petani adalah
satu perkara yg menyeronokan walaupun negara anda sedang bergolak. Sesampainya
di susur keluar Bertam gua berhenti di sebelah kanan lebuhraya kerana ada
perlawaann bola sepak antara team gua dengan team mana ntah gua tak ingat. Mai
kot celah mana tetiba ada game bola tepi lebuhraya melibatkan gua sekali pun
gua tak paham. Yg anehnya boleh plak gua berhenti sebelah kanan di atas
lebuhraya. Umum mengetahui bahawa jalan raya bagi negara-negara komanwel hanya
berhenti sebelah kiri.
Sementara menunggu gua untuk ditukarkan masuk menggantikan pemain lain, gua warming
up dulu dengan berlari lari anak kot tepi padang sambil pakai helmet.
Dalam gua tengah berlari tu ada sorang mamat yg berada di seberang lebuhraya gelakkan
gua sebab lari pakai helmet. Gua dengan geramnya ambil tongkol kayu lalu
baling tepat kena kepala mamat tersebut. Mamat tu jatuh atas jalan lalu
dirempuh kereta yg lalu lalang. Mamat tu mati on the spot. Nah amik
hang!
Dah mamat tu mati, gua apa tunggu lagi terus blah. Dalam gua dok blah tu
ntah macamana plak gua boleh muncul tempat mamat tu mati. Gua muncul sebagai
pegawai penyiasat yg menyiasat kes pembunuhan mamat tu. Mungkin gua suka sangat layan CSI Miami. Gila gua kata pada
diri, "Aku yg bunuh aku pulak yg siasat kes ni." Dengan muka
selamber nada suara yg agak perlahan ala-ala Joni dep dalam Public Enemies
seolah tak bersalah gua suarakan pada orang ramai"siapa la yg tergamak
bunuh ni... ?"
Kemudian muncul kawan gua yg kebetulan baru balik dari kerja. Kawan gua ni
ntah macamana pulak boleh buktikan yg gua adalah pembunuh sebenar. Hampeh
betoi gua cakap. Tak guna punya kawan. Kemudian muncul pulak seorang saksi
memberitahu yg dia ternampak seorang pemuda, memandu mitsubishi putih berhenti
tepi lebuhraya lalu memungal mamat tu dengan tongkol kayu besbol.
Alamak gua la tu..jemmm gua dah terkantoi. Polis2 yg berada beralih kearah gua.
Semua yg berada tempat kejadian turut memerhati dan bersedia utk menangkap gua.
Dalam hati gua berbicara "harap2 ni bukan betul2, ni hanya mimpi. Kalo
tidak mati aku hukum gantung." Gua cuba yakinkan diri yg benda ni
semua mimpi jer lalu gua cuba buka mata. Alangkah leganya hati gua bila semua
yg berlaku itu adalah mimpi semata-mata.
Gua capai fon yg ada tepi bantal. Jam menunjukan 5.00 pagi. Nak tido dah
takder mood. Ngantuk gua terus hilang. Gila punya mimpi. Apa punca gua
tengah cari ni. Serik beb...