Showing posts with label chenta. Show all posts
Showing posts with label chenta. Show all posts

Oct 19, 2011

Part 2 - How I met your mother

Nes 'O' ais abah masih ditakuk yg sama. Tetiba jer gedegammmmmpppp!!!!! bunyi sepakan meja jatuh menyembah bumi yg bermozek. Hampeh!! betoi, potong plan abah. Hati abah bergetus sendirian. Tiba-tiba jer ada org gila mengamuk tendang-tendang meja, siap keluar pisau lagi ugut tokeh kedai tu, dia nak poww duit. Abah tengok mama, apit tengok Intan, Linda tengok Apit dan mama tengok abah. Muka mama ketakutan, sambil buat mimik muka ketakutan yg sangat manja mengikut perkiraan abah dari penggunaan formula teorem pitogaras. Setiap sudut kerutan wajah mama, abah hitung dan darabkan dgn jumlah peratusan senyum. Tambah tolak bahagi memang mama tetap cun walau dalam apa keadaan sekalipun.

"Apit hang pi bayarq cepat, kita blah..lagi tunggu dok cari bala jer, baik blah..!!" sound abah pada Apit. Lepas Apit bayar kami cepat keluar dari kedai tu. Bila fikir balik bagus jugak org gila ni, tak payah tunggu lama, lagi tunggu nanti buat awek-awek tu kelaparan nak makan. Jahanam pulak.. Dalam kereta, abah dan Apit berpandangan sambil senyum tawar. Abah masih lagi gagal dapatkan any contact mama. Makin lama makin hampir untuk turunkan depa. Gelisah abah semakin menjadi..Ahhhhhh!!! lantaklah..dan dengan bersahajanya..abah ambik buku structural design yg sedia ada dalam kereta, abah hulurkan pada Intan. "Nah! tolong tuliskan contact number masing2, nanti ada apa2 good news leh contact. Mana tau kot antara kita yg dapat keje ni..bagitau laa" Cheyyyy nampak macam real jer kan helah abah, tapi bukan Real Madrid mungkin Barcelona kot. Alhamdulillah semua dah tulis. Lepas turunkan depa, abah mintak Apit check tgk ada tak no.fon mama. "Keh keh keh Najwa Amani, 017******4 perhhh sedap nama awek ni bro," sound apit ke abah. Senyuman abah yg tadinya tawarq hebiarq bertukarq menjadi manis melecaih..

Tak sabar tunggu malam, abah nak sms usik-usik mama. Tapi timbul rasa segan. Nanti apa lak mama pikir, gelojoh plak mamat ni. Abah taip 2,3 patah abah padam balik. Abah pun sms Intan, kemudian sms ke Linda..last sekali baru sms mama. Titt tittt!! Titt Tiitt!! bunyi nokia 3310 abah. Masa ni nokia leading inspired laaa. Linda 1st balas kemudian Intan..lama abah tunggu mama tak jugak balas-balas..ahhhhh abah hampa. Kompem Najwa ni tak heran dgn abah. Perasaan kecewa mulai merudum. Abah ambik wuduk terus ke surau. Sembahyang abah pun dah tak khusyuk. Teringatkan sms mama yg tak berbalas. Tengok Sampai ke tahap macam ni setan pedajal abah dlm solat. Balik rumah terus check fon, kekecewaan abah yg merudum tadi tu kembali menggunung. Senyuman di wajah abah terukir adalah sangat natural. Sah!! Abah dah angau yg melampau...


Bersambung lagi...

*Sebuah cerita benar yang diceritakan semula kepada anak2 gua pada tahun 2035

Oct 18, 2011

Part 1 - How I met your mother..

Eusoff, Luqman, Zahraa, Ghazi...! mahukah abah khabarkan kepada kamu cerita yg paling abah tak dapat lupakan hingga kini?. "Apadia abah?" balas anak bongsu gua yg dah besar panjang.

Ketika abah mula bertemu mama kamu dulu ketika itu abah hanya ada 2 hinggit jer dalam poket. Abah tak sedar langsung yg abah pokai sangat masa tu. Abah ingat dalam poket ada 20 hinggit, tapi abah lupa yg 20 hinggit tu abah dah guna buat isi minyak kereta tokwan kamu untuk pi Alorq setarq. Masa tu abah ada temuduga utk kerja dengan gomen. Abah pi dengan kawan bapak, Apit nama dia. Cerita macamana abah kenal dengan mama kamu, Apit ni tau segala sirah. Yang bestnya Apit masa tu pun pokai jugak macam abah. Dia ada 6 ringgit je. Ikutkan mana cukup utk bapak belanja mama dan lagi 2 orang kawan mama. Sorang kawan mama nama Intan dan lagi sorang nama Linda. Antara mereka ni mama kamu yg paling cun. Semasa menunggu giliran untuk diintebiu, abah sempat ushar mama kamu sambil main mata. Mama balas dengan jelingan yg sangat menggoda.Untuk step yg pertama abah dah berjaya tawan 20% hati mama. chewahhh!! Nampak macam real tapi bukan Real Madrid..

"Wei apit, hang ada duit dak?aku dah set ngn budak 3 orang tu, ajak depa minum dulu lepas habis intebiu, depa on jer. Tapi masalahnya aku lupa aku ada 2 hengget jer ni." 

"ok..sat aku nak check lu," apit terus meluru laju ke toilet utk check dompet. Abah memang takmau lepas peluang selagi abah belum dapat no.fon mama. Mama orang last yg diintebiu, lepas mama keluar kami berlima pi minum restoran berdekatan dengan kereta proton saga tokwan. Apit pandang mata abah, abah paham apa yg bermain di kepala apit. begitu jugak abah, dalam hati dok doa moga-moga awek-awek tiga orang ni minum jer jgn la order makan, idak jahanam.. basuh pinggan la abah dengan apit jawabnya.

Tak berapa lama, minuman pun sampai, abah duduk bertentangan dengan mama. Mama malu-malu sebab pandangan abah masa tu dah macam George Clooney sedang tenung Julia robert. Otak apit masih lagi penuh kerisauan, abah dengan selambernya perasan bagus dan nak jaga standard org lelaki terus offer mama, Intan dan linda supaya order makan. Padahal duit takdak pun. Alhamdulillah, depa buat keputusan sebulat suara takmau makan. Nahh..!! Satu lagi kemenangan di pihak lelaki.

Teh 'O' ais abah sedut dah separuh gelas. Abah masih mencari peluang dan masa yg sesuai utk mintak no fon mama. Serius bab ni memang abah kalah, lemah terus kalo bab nak ngorat pompuan ni, tambah pulak melibatkan permintaan no. talipon. Apit rancak sembang dengan Intan. Apit juga dalam diam ada plan tersendiri, dia ada hati dengan Intan rupanya. Linda diam jer hanya jawab sepatah dua bila kami tanya. Abah dah tak pandang org lain selain mama. Mama seorang yg pemalu, abah perasan pipi mama merah-merah padam. Betambah merah bila abah sesekali pandang dengan maksud tersirat. Saat tu hanya abah dan mama yg paham apa yg tersirat dalam kotak fikiran masing-masing. Darah yg mengalir dalam medula oblongata ketika itu adalah sehala.

Bersambung...

*Sebuah cerita benar yang diceritakan semula kepada anak2  pada tahun 2035