Oct 11, 2011

Kalau bukan kerana mimpi

Memecut laju kereta buatan Jepun, dari Seberang Jaya ke Sungai Petani adalah satu perkara yg menyeronokan walaupun negara anda sedang bergolak. Sesampainya di susur keluar Bertam gua berhenti di sebelah kanan lebuhraya kerana ada perlawaann bola sepak antara team gua dengan team mana ntah gua tak ingat. Mai kot celah mana tetiba ada game bola tepi lebuhraya melibatkan gua sekali pun gua tak paham. Yg anehnya boleh plak gua berhenti sebelah kanan di atas lebuhraya. Umum mengetahui bahawa jalan raya bagi negara-negara komanwel hanya berhenti sebelah kiri.

Sementara menunggu gua untuk ditukarkan masuk menggantikan pemain lain, gua warming up dulu dengan berlari lari anak kot tepi padang sambil pakai helmet. Dalam gua tengah berlari tu ada sorang mamat yg berada di seberang lebuhraya gelakkan gua sebab lari pakai helmet. Gua dengan geramnya ambil tongkol kayu lalu baling tepat kena kepala mamat tersebut. Mamat tu jatuh atas jalan lalu dirempuh kereta yg lalu lalang. Mamat tu mati on the spot. Nah amik hang!

Dah mamat tu mati, gua apa tunggu lagi terus blah. Dalam gua dok blah tu ntah macamana plak gua boleh muncul tempat mamat tu mati. Gua muncul sebagai pegawai penyiasat yg menyiasat kes pembunuhan mamat tu. Mungkin gua suka sangat layan CSI Miami. Gila gua kata pada diri, "Aku yg bunuh aku pulak yg siasat kes ni." Dengan muka selamber nada suara yg agak perlahan ala-ala Joni dep dalam Public Enemies seolah tak bersalah gua suarakan pada orang ramai"siapa la yg tergamak bunuh ni... ?"

Kemudian muncul kawan gua yg kebetulan baru balik dari kerja. Kawan gua ni ntah macamana pulak boleh buktikan yg gua adalah pembunuh sebenar. Hampeh betoi gua cakap. Tak guna punya kawan. Kemudian muncul pulak seorang saksi memberitahu yg dia ternampak seorang pemuda, memandu mitsubishi putih berhenti tepi lebuhraya lalu memungal mamat tu dengan tongkol kayu besbol. Alamak gua la tu..jemmm gua dah terkantoi. Polis2 yg berada beralih kearah gua. Semua yg berada tempat kejadian turut memerhati dan bersedia utk menangkap gua. Dalam hati gua berbicara "harap2 ni bukan betul2, ni hanya mimpi. Kalo tidak mati aku hukum gantung." Gua cuba yakinkan diri yg benda ni semua mimpi jer lalu gua cuba buka mata. Alangkah leganya hati gua bila semua yg berlaku itu adalah mimpi semata-mata.

Gua capai fon yg ada tepi bantal. Jam menunjukan 5.00 pagi. Nak tido dah takder mood. Ngantuk gua terus hilang. Gila punya mimpi. Apa punca gua tengah cari ni. Serik beb...

18 comments:

  1. lu tentu ade keinginan membunuh ni..gile ah.. lain kali lu basuh kaki..pakai stokin mase nok tido..gua nasihat ni !

    ReplyDelete
  2. samad. lu agak2 la bg nasihat gua tido pakai stokin. kalo basuh kaki tu ok lg..hahahaaa

    ReplyDelete
  3. mimpi basah ok ape?



    (damn!cmne leh terkomen lucah ni)

    ReplyDelete
  4. perhh! mitsubishi putih!
    errr, polis tu konfem
    tak caye nye lu buat..
    xpe2,gua nk enterframe
    plak la nti..jadi gadis
    penyelamat..sbbnye yg pukul
    tu sbnrnye muke die je same
    dgn lu..tp bkn lu :P



    *ada hikmahnye tu..
    try tggu je 2,3 hari lagi.


    luv,
    cik ana

    ReplyDelete
  5. tudia aih.. mimpi kerlass gitu... ckp lengkap dgn bola lagi.. ditambah dgn kes pembunuhan dan penyiasatan ala2 detective conan gitu.. semalam ada tgk detective conan tak kt tibi ? haha

    ReplyDelete
  6. kah kah kah gua hanya mampu gelak

    suha

    anamizu

    ten10

    gua tak bersalah..

    ReplyDelete
  7. hehe...sekali mimpi da...ngeh3...

    bagus la..mimpi cm tu terus bgon awai..ehheh

    ReplyDelete
  8. nie mesti kes balik rumah terus tidoq.pas tue mimpi bukan2.haha

    ReplyDelete
  9. gua tak sempat la nak mimpi mimpi ni... tido singkat sangat.

    ReplyDelete
  10. nek keta tapi pakai helmet, memang la kena gelak. pastu tetibe pakai helmet terbalik.

    ReplyDelete
  11. illa,
    keh3

    penjajah,
    gua balik umh gosok gigi siap pakai pijama lg..mimpi jugak

    ReplyDelete
  12. Orang tua-tua cakap tido basoh kaki dulu...

    ReplyDelete
  13. aku lupa bila kali terakhir aku mampu bermimpi

    lama tak menjenguk bro

    ReplyDelete
  14. Ko tido, main tido je. Tak baca pape yg ptt. Tu yg mimpi. Dahlah tu, mimpi gila kuasa. Ko le membunuh. Ko le pegawai CSI. Ko tak rs ko tamak ke kat situ?

    ReplyDelete
  15. satu jer aku nak tanya...perlukah kau simpan lagi roda tiga kat belakang tu...keh3

    ReplyDelete
  16. gua syak lu tk basuh kaki sblum tdoq, tak pun lu tak baca doa ;p

    ReplyDelete
  17. mimpi tu ada hikmah, buat ko masuk keja cepat hari tu.

    ReplyDelete
  18. semalam ada conan kan tv3..
    ermmmm...tu tak lain...perasaan nak jadi detektif lah tu....

    ReplyDelete