Jun 21, 2013

Sebuah ketenangan yang tak pernah tenang

Di suatu petang yg hening, sambil merenung jauh dari sudut jendela bersawang mengenang kembali kenangan yg tercipta, nostalgia yg terluka membuatkan Ismail mengalir air mata. Amat sukar bagi insan seperti Ismail membuang jauh benda yg dah lama bersarang dalam dirinya. Tahap ketagihan kokain yg melanda Ismail semakin hari semakin bermaharajalela. Ismail pasrah dan pasrah bahawa takdir itu milik dia. Bukan dia pinta utk terjebak dalam kes sebegitu. Ismail ada seorang sahabat baik bernama Azhard Hj. Said yg banyak membimbing beliau dlm mengharungi liku2 hidup ini. Bagi Ismail Azhard adalah dewa. Kata Abg Nazam, Azhard dewa remaja.

Ismail merasakan disini tiada apa lagi utk dia tunggu. Org2 kampung ramai yg mencemuh namun ada juga yg bagi harapan agar Ismail kembali normal. Akan tetapi walaupun banyak dorongan yg diberikan Ismail tetap berjalan kaki di atas kepala di bawah. Ismail nekad utk hijrah, dan pada malam tersebut Ismail pekemas barang2. Baju2 tidak dilipat sebaliknya digulung dan disumbat kedalam beg buatan tangan jahitan Cik Norlia. Kasut buatan England dikiwi neutral. Malam itu Ismail tidak dapat lelapkan mata, pikirannya bercelaru. Sedar tak sedar dah subuh rupanya. Ismail bergegas bangun mandi utk menunaikan solat subuh terakhir beliau barangkali di Masjid Sg. Pasir. Walaupun beliau kutu yg terjebak dgn kokain namun dia masih tidak lupa penciptaNya.

Selepas subuh, Ismail merenung buat kali terakhir teratak usang yang di tinggalkan arwah ayah dan ibunya. Sambil menitiskan air mata Ismail berkata dalam hati, "Mak, ayah..Mail mtk maaf sebab tak dapat jaga rumah kita lagi, Mail nak pi Jepun,". Dengan menggalas beg besar ditepi jalan berhadapan kedai Kak Jah Ismail melambai tgn isyarat ingin menumpang kenderaan yg lalu lalang. Alangkah sedihnya Ismail tidak ada satu pun kenderaan yg mahu berhenti menumpangkan kutu seperti beliau. Sehinggalah tibanya bas UTC Batu Lintang - Sg. Petani. Sebelum sempat Ismail melangkah naik, terdengar jeritan dari jauh memekik mekik memanggil manggil nama Ismail. " Abg Mail!!!! Abang Mail nak pi mana ni? " tanya marka beliau. "Abg mtk maaf sebab tak habaq kat Nah. Abg takmau Nah sedih, Abg nak pi Jepun ni," balas mail dgn sora serak2 basah. "Habis macamna dgn Nah? sampai hati Abg nak tinggalkan Nah,". Nah..Abg dah lambat ni, drebar bas dok jegey dah nu, Abg terpaksa pi, ingat tau! walau apa terjadi walaupun kita terpisah jauh, namun kita masih dapat melihat matahari yg sama, bulan yg sama. Belakang rumah abg ada pokok pinang, nanti tunggu Abg kat situ, abg akan balik, jangan tebang plak pokok pinang tu. Tua2 nanti boleh makan ngn sireh... Itulah kata2 terakhir Ismail pada marka dia.

Dengan lafaz bismillah, kaki kanan melangkah naik bas utc buruk. Ismail menghulur seringgit kpd drebar bas dan baki 20 sen dikembalikan. Ismail pilih tempat duduk paling belakang ditepi tingkap dan dalam suasana sebak, mood pagi yg dingin bas bergerak menuju stesen bas Sg. Petani yg tak pernah2 canggih. Semakin hari semakin keji walaupun dah 5 kali pertukaran YDP. Ini adalah fakta! Fakta yg tak boleh diterima oleh umat Sg. Petani.

-

10 comments:

  1. ni cerita pasal ismail atau stesen bas sg petani? :-)

    ReplyDelete
  2. ok dah abis baca, ke saratok naik bas, sampai ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. huhuu nampak sangat eLL penipu..tak sebut pun naik bas ke saratok..huhuu..

      Delete
  3. dofollow blog ni..

    panjangnya entri... naik bas mmg banyak dapat tengok macam2, lama dah x naik bas dan akak rindu saat naik turun bas nak p kelas... isshhh

    ReplyDelete
  4. lama aku tak jengah sana.kedai makan pak leh ada lagi ka?

    ReplyDelete