Jul 1, 2013

Cikgu Loke

Masa tu kelas seni ketika di tingkatan 4. Sementara menunggu cikgu masuk kelas budak-budak lain sibuk dgn hal masing-masing. Riuhnya macam keadaan di Pasar Besar Sg. Petani sebelah hotel Seri Malaysia. Gua, Manan Mokhtar, Mat Ali, Sham Gadon, Bird dan Wani Kong dok rancak bersembang disebelah pintu masuk belakang. Sambil sebelah kaki cangkung atas kerusi, gua esaited dok ceghita halatuju kami selepas tamat sekolah nanti. Nampak tak matlamat kami ketika itu walaupun masih lagi ada masa setahun lebih utk habis sekolah, tapi kami sudah ada perancangan awal samada untuk ke universiti atau hanya ke UTC. 

Remaja contoh yg ada misi dan visi dalam hidup. Bak kata Syahrizat Abd Jalil "mereka tak misi tak ada visi dalam hidup, mereka tidak akan berjaya,". 

Bangunnn!!! Azizi ketua kelas kami bersuara. Cikgu Loke masuk kelas dengan muka kelat dan menghempap buku atas meja. "Selamat Sejahtera cikgu," ucap semua pelajar. Cikgu Loke masih diam, sambil cekak pinggang, ketap bibir bawah kedepan dia pinta semua budak perempuan sahaja duduk. Budak lelaki semua berdiri. Cikgu Loke berletir tak henti-henti sakit telinga dengar. Wani Kong yg duduk meja belakang sekali sebelah tinggkap mengejek kata-kata Cikgu Loke sambil dok maki pelan-pelan. " Babi babi babi babi," kata Wani kong. Tiba-tiba semua budak nak tergelak pun ada nak marah pun ada. Cikgu Loke dengan selamber jawab "Ya! memang saya babi, kalau saya babi kamu semua anak murid babi looo,"


Nah!! hamek hang...


*Cikgu Loke adalah cikgu berbangsa cina. Beliau tidak kenal erti penat dan letih dalam mendidik anak muridnya tanpa memilih warna kulit. Dia sayangkan anak-anak melayu, sehinggakan beliau pernah berkata saya sedih kenapa pelajar melayu tidak sedar akan hakikat yang mereka perlu telan suatu hari nanti. Apa yang mereka ada hari ini (hak keistimewaan org melayu) mungkin akan hilang suatu hari nanti jika mereka masih tidak berubah.

8 comments:

  1. ermmmm...

    baguih dok ada cikgu loke, sempat pikir utk org melayu.

    ReplyDelete
  2. Emmm bangsa lain pulak yg dok kesian kat kita kan.tp kita? Ramai yg tak sedar.huhu

    ReplyDelete
  3. seingat aku..masa aku belajar dulu.. kesemua guru yg berbangsa cina amat rajin dan komited..

    tapi tak patut panggil cikgu tu babi woo.. kalo arnab comel sikit..kihkihkih

    ReplyDelete
  4. apakah kesalahan budak lelaki dikelas tu, sampai cikgu loke brleter?

    ReplyDelete
  5. syg cikgu loke. dia lah yg buat aku berjaya jadi anak seni. sbb dia slalu paksa aku melukis la smpai lukisan aku ke Sri Lanka. Bertanding peringkat kebangsaan. aku ni anak murid kesayangan dia. satu2nya anak murid yg slalu lepak kat tempat dia dlm bilik guru. kat mana pun cikgu. percayalah yg sy berterima kasih sngt.

    ReplyDelete
  6. salam
    zaman sekolah menengah zaman yang paling best

    ReplyDelete