Showing posts with label Muhasabah. Show all posts

Oct 19, 2011
Oct 17, 2011
Sebelum & Selepas
Makan
Sebelum makan baca doa makan
Selepas makan baca doa lepas makan
Berak
Sebelum masuk jamban baca doa masuk jamban dan tutupi kepala
Selepas keluar baca doa keluar jamban
*Berak jangan lupa basuh plak...
Tidorq
Sebelum tido baca doa tido
Selepas bangun baca doa bangun tido
3 perkara seharian berserta 6 doa. Amalan yg cukup mudah utk diamalkan...
Jadi soleh plak dah gua ni.....macam2 aihhhh...blog gua dalah blog yg tidak bertema. Ikut dan...
.

Sep 17, 2011
wayanajatattaibin..
Cilakak! macamana gua tak perasan. benda dah jadi apa boleh buat tahan malu saja. nasib gua ler.. sampai ketika khatib dah sebut wayanatattaibin..kurang pahala jumaat gua sampai masjid waktu khutbah separuh masa kedua..dah ler kurang pahala, malu plak sepasai tambah kot atas..
kesan akibat gua telelap tengahari sebelum masuk waktu. sedar2 jam dah 1.40ptg. hampeh! gua sound diri gua yg cukup hina disisi tuhan. sebab dah lambat takut terlepas solat jumaat gua lantas bangun terus ke bilik air. gua tak mandi terus je amik wuduk. masuk bilik capai kain pelikat india yg rare, kemudian gua sarung baju melayu raya thn lepas ke badan gua yg sasa. gua jalan sepantas tsunami sambil sambar kunci moto macam helang kepala putih. pecut moto dan setibanya gua depan pagar masjid blah pintu belakang. gua parking ikut dan sebab dah lambat. gua cabut kunci dan masa gua nak masukkan kunci dalam poket baju melayu gua yg hebat tiba2 satu perasaan malu gua jelas terpampang. ada 2-3 orang yg perasan mungkin. Hare sungguh gua pakai baju terkaleh laaa...patut cari poket tak jumpa2..malu yg amat. gua dengan selamber badak mata merah masuk je masjid dgn laju terus ke tandas...selangkah dalam tandas terus kaleh balik baju, masuk masjid muadzin dah iqhamah..sembahyang gua terus tak kusyuk..
Sejarah Hari Malaysia gua yg teruk...

Aug 25, 2011
Kasih Sayang Nabi dan Kemiskinannya
Seorang hamba Allah datang berjumpa dgn Nabi lalu berkata:
"Ya Rasulullah, saya sangat2 cintakan tuan."
Nabi: "Eloklah kamu berfikir dengan teliti terlebih dahulu."
Orang itu: "Saya telahpun berfikir. Saya sangat2 kasihkan tuan, Ya Rasulullah."
Nabi: "Berfikirlah dahulu sebelum membuat ikrar yg sedemikian."
Orang itu: "Ya, saya masih cintakan tuan, Ya Rasulullah."
Nabi: "Baiklah, kalau ikrar yg kamu lahir itu betul2 ikhlas, bersedialah utk menghadapi kesusahan yg akan menimpa kamu dari segala arah. Orang yg cintakan aku akan dikejar oleh kesusahan secepat air yg mengalir."
*Renungkan.
Sesungguhnya dlm dunia ini ada 2 jalan. 1 jalan taat dan 1 lagi jalan ingkar..orang yg ikut jalan taat susah tetapi dibelakangnya ada rahmat Allah. Sebaliknya orang yg ikut jalan ingkar, senang. tetapi dibelakangnya ada azab Allah..

Aug 18, 2011
Aug 5, 2011
Rahmat Ramadhan
Ubadah bin Saamit r.a. meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda,
bilamana bulan Ramadan akan menjelang;
"Bulan Ramadan bulan rahmat telah datang kepada kamu. Di mana Allah s.w.t berpaling kepadamu dan menurunkan ke atasmu rahmat yg istimewa, mengampunkan akan kesalahan-kesalahan, memperkenankan akan doa-doa, melihat di atas perlumbaanmu bagi mendapatkan kebaikan yg besar dan berbangga-bangga kepada malaikat-malaikat mengenaimu. Maka tunjukkanlah akan kebaikan daripada kamu. Sesungguhnya orang yg paling dikasihani dan paling malang ialah dia yg terluput daripada rahmat Allah di bulan ini."

Jul 26, 2011
Iman
"Jika hari ini lahirnya iman sepertimana iman Nabi Ibrahim a.s, nescaya api yg membakar akan menjadi dingin.."
Serius beb gua tak tipu..!! Ini janji Allah....
Jul 21, 2011
JERIT LAGI...
Jul 19, 2011
Jeritan Narapidana..
Gua jerit dalam bahasa ibunda.
arghhhhhhhhhhhhhhhhhhh.....................................

Gua jerit dalam bahasa omputeh.
arghhhhhhhhhhhhhhhhhh...........................................

Gua jerit dalam bahasa urdu.
arghhhhhhhhhhh..............................................................

Gua jerit dalam bahasa arab.
arghhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh.........................................

Gua jerit dalam bahasa Portugal.
arghhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh......................................

sama je!! ????????????????
Hati gua tetap sakit!!
Hati gua tetap sakit!!
Jul 14, 2011
Marah
Cintailah tamanmu dengan tidak berlebihan,
mungkin ia pada suatu hari menjadikan kemarahanmu..
Dan marahilah orang yang menjadikan kemarahanmu dengan tidak berlebihan,
mungkin ia pada suatu hari menjadi temanmu...
-

Jun 29, 2011
Isra' Mi'raj
1. Sebelum Israk dan Mikraj
Rasulullah S. A. W. mengalami pembedahan dada / perut, dilakukan oleh malaikat Jibrail dan Mika’il. Hati Baginda S. A. W.. dicuci dengan air zamzam, dibuang ketul hitam (‘alaqah) iaitu tempat syaitan membisikkan waswasnya. Kemudian dituangkan hikmat, ilmu, dan iman. ke dalam dada Rasulullah S. A. W. Setelah itu, dadanya dijahit dan dimeterikan dengan “khatimin nubuwwah”. Selesai pembedahan, didatangkan binatang bernama Buraq untuk ditunggangi oleh Rasulullah dalam perjalanan luar biasa yang dinamakan “Israk” itu.
2. Semasa Israk (Perjalanan dari Masjidil-Haram ke Masjidil-Aqsa):
Sepanjang perjalanan (israk) itu Rasulullah S. A. W. diiringi (ditemani) oleh malaikat Jibrail dan Israfil. Tiba di tempat-tempat tertentu (tempat-tempat yang mulia dan bersejarah), Rasulullah telah diarah oleh Jibrail supaya berhenti dan bersembahyang sebanyak dua rakaat. Antara tempat-tempat berkenaan ialah:
i. Negeri Thaibah (Madinah), tempat di mana Rasulullah akan melakukan hijrah. ii. Bukit Tursina, iaitu tempat Nabi Musa A. S. menerima wahyu daripada Allah; iii. Baitul-Laham (tempat Nabi ‘Isa A. S. dilahirkan);
Dalam perjalanan itu juga baginda Rasulullah S. A. W. menghadapi gangguan jin ‘Afrit dengan api jamung dan dapat menyasikan peristiwa-peristiwa simbolik yang amat ajaib. Antaranya :
- Kaum yang sedang bertanam dan terus menuai hasil tanaman mereka. apabila dituai, hasil (buah) yang baru keluar semula seolah-olah belum lagi dituai. Hal ini berlaku berulang-ulang. Rasulullah S. A. W. dibertahu oleh Jibrail : Itulah kaum yang berjihad “Fisabilillah” yang digandakan pahala kebajikan sebanyak 700 kali ganda bahkan sehingga gandaan yang lebih banyak.
- Tempat yang berbau harum. Rasulullah S. A. W. diberitahu oleh Jibrail : Itulah bau kubur Masyitah (tukang sisir rambut anak Fir’aun) bersama suaminya dan anak-anak-nya (termasuk bayi yang dapat bercakap untuk menguatkan iman ibunya) yang dibunuh oleh Fir’aun kerana tetap teguh beriman kepada Allah (tak mahu mengakui Fir’aun sebagai Tuhan).
- Sekumpulan orang yang sedang memecahkan kepala mereka. Setiap kali dipecahkan, kepala mereka sembuh kembali, lalu dipecahkan pula. Demikian dilakukan berkali-kali. Jibrail memberitahu Rasulullah: Itulah orang-orang yang berat kepala mereka untuk sujud (sembahyang).
- Sekumpulan orang yang hanya menutup kemaluan mereka (qubul dan dubur) dengan secebis kain. Mereka dihalau seperti binatang ternakan. Mereka makan bara api dan batu dari neraka Jahannam. Kata Jibrail : Itulah orang-orang yang tidak mengeluarkan zakat harta mereka.
- Satu kaum, lelaki dan perempuan, yang memakan daging mentah yang busuk sedangkan daging masak ada di sisi mereka. Kata Jibrail: Itulah lelaki dan perempuan yang melakukan zina sedangkan lelaki dan perempuan itu masing-masing mempunyai isteri / suami.
- Lelaki yang berenang dalam sungai darah dan dilontarkan batu. Kata Jibrail: Itulah orang yang makan riba`.
- Lelaki yang menghimpun seberkas kayu dan dia tak terdaya memikulnya, tapi ditambah lagi kayu yang lain. Kata Jibrail: Itulah orang tak dapat menunaikan amanah tetapi masih menerima amanah yang lain.
- Satu kaum yang sedang menggunting lidah dan bibir mereka dengan penggunting besi berkali-kali. Setiap kali digunting, lidah dan bibir mereka kembali seperti biasa. Kata Jibrail: Itulah orang yang membuat fitnah dan mengatakan sesuatu yang dia sendiri tidak melakukannya.
- Kaum yang mencakar muka dan dada mereka dengan kuku tembaga mereka. Kata Jibrail: Itulah orang yang memakan daging manusia (mengumpat) dan menjatuhkan maruah (mencela, menghinakan) orang.
- Seekor lembu jantan yang besar keluar dari lubang yang sempit. Tak dapat dimasukinya semula lubang itu. Kata Jibrail: Itulah orang yang bercakap besar (Takabbur). Kemudian menyesal, tapi sudah terlambat.
- Seorang perempuan dengan dulang yang penuh dengan pelbagai perhiasan. Rasulullah tidak memperdulikannya. Kata Jibrail: Itulah dunia. Jika Rasulullah memberi perhatian kepadanya, nescaya umat Islam akan mengutamakan dunia daripada akhirat.
- Seorang perempuan tua duduk di tengah jalan dan menyuruh Rasulullah berhenti. Rasulullah S. A. W. tidak menghiraukannya. Kata Jibrail: Itulah orang yang mensesiakan umurnya sampai ke tua.
- Seorang perempuan bongkok tiga menahan Rasulullah untuk bertanyakan sesuatu. Kata Jibrail: Itulah gambaran umur dunia yang sangat tua dan menanti saat hari kiamat.
Setibanya di masjid Al-Aqsa, Rasulullah turun dari Buraq. Kemudian masuk ke dalam masjid dan mengimamkan sembahyang dua rakaat dengan segala anbia` dan mursalin menjadi makmum.
Rasulullah S. A. W. terasa dahaga, lalu dibawa Jibrail dua bejana yang berisi arak dan susu. Rasulullah memilih susu lalu diminumnya. Kata Jibrail: Baginda membuat pilhan yang betul. Jika arak itu dipilih, nescaya ramai umat baginda akan menjadi sesat.
3. Semasa Mikraj (Naik ke Hadhratul-Qudus Menemui Allah):
Didatangkan Mikraj (tangga) yang indah dari syurga. Rasulullah S. A. W. dan Jibrail naik ke atas tangga pertama lalu terangkat ke pintu langit dunia (pintu Hafzhah).
1. Langit Pertama: Rasulullah S. A. W. dan Jibrail masuk ke langit pertama, lalu berjumpa dengan Nabi Adam A. S. Kemudian dapat melihat orang-orang yang makan riba` dan harta anak yatim dan melihat orang berzina yang rupa dan kelakuan mereka sangat huduh dan buruk. Penzina lelaki bergantung pada susu penzina perempuan.
11. Langit Kedua: Nabi S. A. W. dan Jibrail naik tangga langit yang kedua, lalu masuk dan bertemu dengan Nabi ‘Isa A. S. dan Nabi Yahya A. S.
111. Langit Ketiga: Naik langit ketiga. Bertemu dengan Nabi Yusuf A. S.
1v. Langit Keempat: Naik tangga langit keempat. Bertemu dengan Nabi Idris A. S.
v. Langit Kelima: Naik tangga langit kelima. Bertemu dengan Nabi Harun A. S. yang dikelilingi oleh kaumnya Bani Israil.
v1. Langit Keenam: Naik tangga langit keenam. Bertemu dengan Nabi-Nabi. Seterusnya dengan Nabi Musa A. S. Rasulullah mengangkat kepala (disuruh oleh Jibrail) lalu dapat melihat umat baginda sendiri yang ramai, termasuk 70,000 orang yang masuk syurga tanpa hisab.
v11. Langit Ketujuh: Naik tangga langit ketujuh dan masuk langit ketujuh lalu bertemu dengan Nabi Ibrahim Khalilullah yang sedang bersandar di Baitul-Ma’mur dihadapi oleh beberapa kaumnya. Kepada Rasulullah S. A. W., Nabi Ibrahim A. S. bersabda, “Engkau akan berjumapa dengan Allah pada malam ini. Umatmu adalah akhir umat dan terlalu dha’if, maka berdoalah untuk umatmu. Suruhlah umatmu menanam tanaman syurga iaitu lah HAULA WALA QUWWATA ILLA BILLAH”. Mengikut riwayat lain, Nabi Irahim A. S. bersabda, “Sampaikan salamku kepada umatmu dan beritahu mereka, syurga itu baik tanahnya, tawar airnya dan tanamannya ialah lima kalimah, iaitu: SUBHANALLAH, WAL-HAMDULILLAH, WA lah ILAHA ILLALLAH ALLAHU AKBAR dan WA lah HAULA WA lah QUWWATA ILLA BILLAHIL- ‘ALIYYIL-’AZHIM. Bagi orang yang membaca setiap kalimah ini akan ditanamkan sepohon pokok dalam syurga”. Setelah melihat beberpa peristiwa! lain yang ajaib. Rasulullah dan Jibrail masuk ke dalam Baitul-Makmur dan bersembahyang (Baitul-Makmur ini betul-betul di atas Baitullah di Mekah).
11x. Tangga Kelapan: Di sinilah disebut “al-Kursi” yang berbetulan dengan dahan pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah S. A. W. menyaksikan pelbagai keajaiban pada pokok itu: Sungai air yang tak berubah, sungai susu, sungai arak dan sungai madu lebah. Buah, daun-daun, batang dan dahannya berubah-ubah warna dan bertukar menjadi permata-permata yang indah. Unggas-unggas emas berterbangan. Semua keindahan itu tak terperi oleh manusia. Baginda Rasulullah S. A. W. dapat menyaksikan pula sungai Al-Kautsar yang terus masuk ke syurga. Seterusnya baginda masuk ke syurga dan melihat neraka berserta dengan Malik penunggunya.
1x. Tangga Kesembilan: Di sini berbetulan dengan pucuk pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah S. A. W. masuk di dalam nur dan naik ke Mustawa dan Sharirul-Aqlam. Lalu dapat melihat seorang lelaki yang ghaib di dalam nur ‘Arasy, iaitu lelaki di dunia yang lidahnya sering basah berzikir, hatinya tertumpu penuh kepada masjid dan tidak memaki ibu bapanya.
x. Rabbul-Arbab lalu dapat menyaksikan Allah S. W. T. dengan mata kepalanya, lantas sujud. Kemudian berlakulah dialog antara Allah dan Muhammad, Rasul-Nya:
Allah S. W. T : Ya Muhammad. Rasulullah : Labbaika. Allah S. W. T : Angkatlah kepalamu dan bermohonlah, Kami perkenankan. Rasulullah : Ya, Rabb. Engkau telah ambil Ibrahim sebagai Khalil dan Engkau berikan dia kerajaan yang besar. Engkau berkata-kata dengan Musa. Engkau berikan Dawud kerajaan yang besar dan dapat melembutkan besi. Engkau kurniakan kerajaan kepada Sulaiman yang tidak Engkau kurniakan kepada sesiapa pun dan memudahkan Sulaiman menguasai jin, manusia, syaitan dan angin. Engkau ajarkan ‘Isa Taurat dan Injil. Dengan izin-Mu, dia dapat menyembuhkan orang buta, orang sufaq dan menghidupkan orang mati. Engkau lindungi dia dan ibunya daripada syaitan. Allah S. W. T : aku ambilmu sebagai kekasih. Aku perkenankanmu sebagai penyampai berita gembira dan amaran kepada umatmu. Aku buka dadamu dan buangkan dosamu. Aku jadikan umatmu sebaik-baik umat. Aku beri keutamaan dan keistimewaan kepadamu pada hari qiamat. Aku kurniakan tujuh ayat (surah Al-Fatihah) yang tidak aku kurniakan kepada sesiapa sebelummu. Aku berikanmu ayat-ayat di akhir surah al-Baqarah sebagai suatu perbendaharaan di bawah ‘Arasy. Aku berikan habuan daripada kelebihan Islam, hijrah, sedekah dan amar makruf dan nahi munkar. Aku kurniakanmu panji-panji Liwa-ul-hamd, maka Adam dan semua yang lainnya di bawah panji-panjimu. Dan aku fardhukan atasmu dan umatmu lima puluh (waktu) sembahyang.
4. Selesai munajat, Rasulullah S. A. W. di bawa menemui Nabi Ibrahim A. S. kemudian Nabi Musa A. S. yang kemudiannya menyuruh Rasulullah S. A. W. merayu kepada Allah S. W. T agar diberi keringanan, mengurangkan jumlah waktu sembahyang itu. Selepas sembilan kali merayu, (setiap kali dikurangkan lima waktu), akhirnya Allah perkenan memfardhukan sembahyang lima waktu sehari semalam dengan mengekalkan nilainya sebanyak 50 waktu juga.
5. Selepas Mikraj
Rasulullah S. A. W. turun ke langit dunia semula. Seterusnya turun ke Baitul-Maqdis. Lalu menunggang Buraq perjalanan pulang ke Mekah pada malam yang sama. Dalam perjalanan ini baginda bertemu dengan beberapa peristiwa yang kemudiannya menjadi saksi (bukti) peristiwa Israk dan Mikraj yang amat ajaib itu (Daripada satu riwayat peristiwa itu berlaku pada malam Isnin, 27 Rejab, kira-kira 18 bulan sebelum hijrah). Wallahu’alam.
(Sumber : Kitab Jam’ul-Fawaa`id) Kesimpulannya, peristiwa Israk dan Mikraj bukan hanya sekadar sebuah kisah sejarah yang diceritakan kembali setiap kali 27 Rejab menjelang. Adalah lebih penting untuk kita menghayati pengajaran di sebalik peristiwa tersebut bagi meneladani perkara yang baik dan menjauhi perkara yang tidak baik. Peristiwa Israk dan Mikraj yang memperlihatkan pelbagai kejadian aneh yang penuh pengajaran seharusnya memberi keinsafan kepada kita agar sentiasa mengingati Allah dan takut kepada kekuasaan-Nya.
Seandainya peristiwa dalam Israk dan Mikraj ini dipelajari dan dihayati benar-benar kemungkinan manusia mampu mengelakkan dirinya daripada melakukan berbagai-bagai kejahatan. Kejadian Israk dan Mikraj juga adalah untuk menguji umat Islam (apakah percaya atau tidak dengan peristiwa tersebut). Orang-orang kafir di zaman Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam langsung tidak mempercayai, malahan memperolok-olokkan Nabi sebaik-baik Nabi bercerita kepada mereka.
Peristiwa Israk dan Mikraj itu merupakan ujian dan mukjizat yang membuktikan kudrat atau kekuasaan Allah Subhanahu Wataala. Allah Subhanahu Wataala telah menunjukkan bukti-bukti kekuasaan dan kebesaran-Nya kepada Baginda Sallallahu Alaihi Wasallam.
Mafhum Firman Allah S. W. T. : “Maha Suci Allah yang telah memperjalankan hamba-Nya pada suatu malam dari Al-Masjidil Haram ke Al-Masjidil Aqsa yang telah kami berkati sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebahagian dari tanda-tanda kebesaran Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat.” (Surah Al-Israa’: Ayat 1). wallahua’lam..
http://fullfilth.blogspot.com

Jun 6, 2011
Gua tak tahu tajuk apa yg gua patut letak..
Semalam gua tidur nyenyak. dan gua rasa gua takde mimpi yg pelik pelik yg dasyat dasyat. cuma gua mimpi dalam mimpi gua itu Azhard hj.Said marah ke gua sebab tak pi kenduri rumah kakak dia.
Bangun pagi gua rasa sakit tumit kaki. nak kata gua pakai kasut tumit tinggi takde la plak. nak kata anak hj.said 'sepak' gua lagi la tak relevan. gila!
Gua bergegas ke tempat keja. dari rumah ke tempat keja gua tak on-kan radio langsung. gua nyanyi sendiri secara live. mula gua baca doa naik kenderaan. pastu gua tak terlintas langsung utk on-kan radio. gua banyak nyanyikan lagu lagu nasyid. sepertiga jalan ada gua selit 1 lagu 'rendang tak berbuah'. gua pun tak tahu nape beb..gua rasa sedap pulak lagu lagu puji Tuhan ni. Adakah gua jahil?
Masuk opis gua terus buka youtube. Search lagu lagu yg gua nyanyi tadi..
sesungguhnya...
Ya rasulullah...

May 23, 2011
Bila RUMI menari JAWI menyepi
Sayang... pada mereka yang tak mengerti
Sayang... pada hati tertutup mati
Bagai sangkar tanpa penghuni
Burung berharga terlepas lari
Kini aku mengerti
Aku syukur aku masih reti
Tapi sayang ianya dah berlalu pergi
Bagaimana untuk warisku nanti
Sayang... pada hati tertutup mati
Bagai sangkar tanpa penghuni
Burung berharga terlepas lari
Kini aku mengerti
Aku syukur aku masih reti
Tapi sayang ianya dah berlalu pergi
Bagaimana untuk warisku nanti
Apr 28, 2011
Ketakutan YAHUDI Latnatullah...
Apa yang paling ditakuti oleh Yahudi hari ini, apabila masjid-masjid dipenuhi jemaah bagi setiap solat waktu iaitu zohor, asar, magrib, isyak dan subuh seperti solat Jumaat. Bayangkan setiap lekaki islam di seluruh pelusuk dunia bersolat di masjid ramainya seperti solat Jumaat. Bukan kata Yahudi bapak segala Yahudi pun cabut... dengan ini bantuan Allah swt akan sampai.
InsyaAllah..
InsyaAllah..
Apr 4, 2011
Kau Yang Satu..
Kau lah yang maha Esa
Kau lah yang maha Pengasih
Kau lah yang maha Penyayang
Tiada hidup tanpa Mu
Kau lah yang maha Agung
Kau lah yang maha Mengetahui
Tuhan dunia akhirat
Tiada aku tanpa Mu
Bila Ku rasa pilu
Bila Ku rasa resah
Bila Ku kekosongan
Kau tempat ku mengadu
Tuhan ku yang Satu
Engkau Tuhan yang Satu
Segala puji-pujian ku tujukan pada Mu
Dan hidup dan mati ku hanyalah untuk Mu
Engkau Tuhan yang SATU....
Kau lah yang maha Pengasih
Kau lah yang maha Penyayang
Tiada hidup tanpa Mu
Kau lah yang maha Agung
Kau lah yang maha Mengetahui
Tuhan dunia akhirat
Tiada aku tanpa Mu
Bila Ku rasa pilu
Bila Ku rasa resah
Bila Ku kekosongan
Kau tempat ku mengadu
Tuhan ku yang Satu
Engkau Tuhan yang Satu
Segala puji-pujian ku tujukan pada Mu
Dan hidup dan mati ku hanyalah untuk Mu
Engkau Tuhan yang SATU....
Feb 28, 2011
Jalan
Dalam dunia ini ada 2 jalan
Jalan taat dan jalan ingkar..
Orang yang ikut jalan taat, susah
tapi dibelakangnya ada rahmat Allah..
Orang yang ikut jalan ingkar, senang
tapi dibelakangnya ada laknat dan kemurkaan Allah..

Subscribe to:
Posts (Atom)